Beberapa minggu yang lalu aku tertarik dengan satu perkongsian oleh Seseorang yang ternama mempromosikan satu projek penginapan Mewah dan ekslusif di tengah Bandaraya Kuala Terengganu iaitu
QUBAZ SUITES !!!
sebuah bangunan yang gah cantik dan sesuai untuk Pelabur dan Individu yang berminat.
Antara ciri bilik yang disediakan ialah
- Studio TYPE A1 (M) dengan keluasan 388 KPS / 38 SM
- TYPE B1 Rumah dua bilik dengan satu bilik air berkeluasan 506 KPS / 47 SM
- TYPE C2 Rumah 3 bilik dengan dua bilik air berkeluasan 753 KPS / 70 SM
Semasa aku membuat kunjungan hormat (koya delegasi la mung) di sambut oleh sales girl nama siew, dimaklumkan bahawa pemilik unit tidak diberikan parking, untuk parking perlu mendapatkan season pass. Maksudnya parking terbuka untuk semua orang dan perlu bayar. ok lah kan untuk Rumah ekslusif ni. Hasil tu pun nanti akan dapat kepada pengurusan bangunan juga kan.
Azizi Ali dalam bukunya Jutawan Dari Planet Jupiter berkata sebelum membeli hartanah
" Tentukan tujuan membeli hartanah itu terlebih dahulu dan kemudiannya, barulah memilih lokasi yang sesuai "
Jangan membeli hartanah tanpa tujuan yer tuan/puan. nanti menyesal.
Abu Shuhada @ Kuala Terengganu
6 Disember 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan