Rabu, 6 Disember 2023

Harga Qubaz Suites @ Kuala Terengganu

 Ada yang bertanya berkenaan harga Hartanah Qubaz Suite Kuala Terengganu

ini julat harganya


Wow 


Harga sekaki persegi bermula dari RM842.55 PSF agak mahal bagi seorang insan seperti aku. Orang Have-have je boleh beli rumah disini bro.

Doalah mana tahu suatu masa nanti aku pun berkemampuan untuk memilikinya. Amin...

Qubaz Suite @ Kuala Terengganu adakah sesuai untuk dimiliki? Pelaburan jangka panjang untuk Rakyat Di Terengganu

Beberapa minggu yang lalu aku tertarik dengan satu perkongsian oleh Seseorang yang ternama mempromosikan satu projek penginapan Mewah dan ekslusif di tengah Bandaraya Kuala Terengganu iaitu 

QUBAZ SUITES !!!


sebuah bangunan yang gah cantik dan sesuai untuk Pelabur dan Individu yang berminat. 

Antara ciri bilik yang disediakan ialah 

  1. Studio  TYPE A1 (M) dengan keluasan 388 KPS / 38 SM




  2. TYPE B1 Rumah dua bilik dengan satu bilik air berkeluasan 506 KPS / 47 SM


  1. TYPE C2 Rumah 3 bilik dengan dua bilik air berkeluasan 753 KPS / 70 SM

Pada pendapat peribadi aku rumah disini lebih berkonsepkan hotel dan sesuai untuk Pelaburan sahaja buat masa ini.

Semasa aku membuat kunjungan hormat (koya delegasi la mung) di sambut oleh sales girl nama siew, dimaklumkan bahawa pemilik unit tidak diberikan parking, untuk parking perlu mendapatkan season pass. Maksudnya parking terbuka untuk semua orang dan perlu bayar. ok lah kan untuk Rumah ekslusif ni. Hasil tu pun nanti akan dapat kepada pengurusan bangunan juga kan.

Azizi Ali dalam bukunya Jutawan Dari Planet Jupiter berkata sebelum membeli hartanah

" Tentukan tujuan membeli hartanah itu terlebih dahulu dan kemudiannya, barulah memilih lokasi yang sesuai "

 Jangan membeli hartanah tanpa tujuan yer tuan/puan. nanti menyesal.

Abu Shuhada @ Kuala Terengganu
6 Disember 2023

Harga Qubaz Suites @ Kuala Terengganu

 Ada yang bertanya berkenaan harga Hartanah Qubaz Suite Kuala Terengganu ini julat harganya Wow  Harga sekaki persegi bermula dari RM842.55 ...

Yang Popular