Rabu, 6 Disember 2023

Harga Qubaz Suites @ Kuala Terengganu

 Ada yang bertanya berkenaan harga Hartanah Qubaz Suite Kuala Terengganu

ini julat harganya


Wow 


Harga sekaki persegi bermula dari RM842.55 PSF agak mahal bagi seorang insan seperti aku. Orang Have-have je boleh beli rumah disini bro.

Doalah mana tahu suatu masa nanti aku pun berkemampuan untuk memilikinya. Amin...

Qubaz Suite @ Kuala Terengganu adakah sesuai untuk dimiliki? Pelaburan jangka panjang untuk Rakyat Di Terengganu

Beberapa minggu yang lalu aku tertarik dengan satu perkongsian oleh Seseorang yang ternama mempromosikan satu projek penginapan Mewah dan ekslusif di tengah Bandaraya Kuala Terengganu iaitu 

QUBAZ SUITES !!!


sebuah bangunan yang gah cantik dan sesuai untuk Pelabur dan Individu yang berminat. 

Antara ciri bilik yang disediakan ialah 

  1. Studio  TYPE A1 (M) dengan keluasan 388 KPS / 38 SM




  2. TYPE B1 Rumah dua bilik dengan satu bilik air berkeluasan 506 KPS / 47 SM


  1. TYPE C2 Rumah 3 bilik dengan dua bilik air berkeluasan 753 KPS / 70 SM

Pada pendapat peribadi aku rumah disini lebih berkonsepkan hotel dan sesuai untuk Pelaburan sahaja buat masa ini.

Semasa aku membuat kunjungan hormat (koya delegasi la mung) di sambut oleh sales girl nama siew, dimaklumkan bahawa pemilik unit tidak diberikan parking, untuk parking perlu mendapatkan season pass. Maksudnya parking terbuka untuk semua orang dan perlu bayar. ok lah kan untuk Rumah ekslusif ni. Hasil tu pun nanti akan dapat kepada pengurusan bangunan juga kan.

Azizi Ali dalam bukunya Jutawan Dari Planet Jupiter berkata sebelum membeli hartanah

" Tentukan tujuan membeli hartanah itu terlebih dahulu dan kemudiannya, barulah memilih lokasi yang sesuai "

 Jangan membeli hartanah tanpa tujuan yer tuan/puan. nanti menyesal.

Abu Shuhada @ Kuala Terengganu
6 Disember 2023

Selasa, 1 November 2016

Update terkini Hijauan Height Bangi 1.11.2016

Sebagaimana yang telah aku jangkakan Pasti Kondo ini akan disewakan kerana tempat letaknya berdekatan dengan UKM dan juga Komuter

Seperti iklan berikut :-

Salam. Apartment kondo 4 bilik tidur HIJAUAN HEIGHT Sg Tangkas, UKM, Bandar Baru Bangi, Kajang, utk disewa... Kemasukan november 2016.
Rm1300 sebulan... (4 bilik tidur)

Dekat dgn..

-stesen komuter UKM...
-taman universiti ukm
-GMI
-hentian kajang

1127sqf, 4 BILIK TIDUR, 2 TANDAS, RUANG TAMU YG BESAR, MESIN BASUH, PETI AIS, KIPAS DAN LAMPU DI SEMUA BILIK...

Ada kemudahan swimming pool, gym, 2 lot parking berbumbung, taman permainan kanak2 dll...
Berminat wassup saya #########

Terima kasih.


Semoga dapat penyewa Syurga buat Tuan Rumah

Cantik


Kolam di Malam Hari





Khamis, 14 Januari 2016

Tips Temuduga SPA8 - panduan buat resume

Contoh Resume untuk temuduga boleh dimuat turun daripada link dibawah

Klik link disini >>> https://drive.google.com/open?id=0B50GFgprjM52Tk1JNEk5X0xpT1k

Selepas tu pandai-pandai la edit sendiri yer.








Isnin, 28 Disember 2015

Update terkini Hijauan Height Bangi 28.12.2015

Dah siap ke belum ?


Cantik view ni. - sumber Group Fb Hijauan Height
Pandangan Tepi

Cantik 

Swimming Pool dah siap
Sumber dari Facebook Group : https://www.facebook.com/groups/HijauanHeights/?fref=ts

Harga Qubaz Suites @ Kuala Terengganu

 Ada yang bertanya berkenaan harga Hartanah Qubaz Suite Kuala Terengganu ini julat harganya Wow  Harga sekaki persegi bermula dari RM842.55 ...

Yang Popular